Bende ni berlaku td (rasanye lah). Aku, Suraya dan Khai masuk ke makmal lambat sikit, time addmath, biasalah tu. Aku teramat haus, jadi apa lagi, vending machine sebelah book shop tu bukan sekadar hiasan yang hanya tunggu dimamah usia sahaja bukan? Memandangkan aku tak ada duit pecah dan Khai pun agak kedekut hari ni, jadi aku tepaksa mengambil inisiatif bernas untuk menukar duit kat makcik book shop yang sebenarnya bagai dakwat dengan kertas sahaja dengan Si Khai kawan aku tu. Lepas dah pecahkan duit, air yang dipurchase td pun telah selamat diminum dan dihadam dalam perut.
*Scene Suraya*
Suraya pun datang dengan keadaan lemah gemalai, hanya menunggu masa angin 'gatal' menampar-nampar tudung putihnya *bak dalam komik jepun*. Langkah keluarnya dari tandas disusun indah bak model catwalk di atas runway. Haih, terpesona aku dibuatnya. Kami bertiga pun menuju *puncak* bukan, menuju ke kelas kerana Suraya tidak berapa sihat, jadi pergi kelas nak ambil penadol la tetepi malangnya, aktiviti 'mengambil ubat' tergendala gara-gara perut aku lunak menyanyikan lagu keroncong. Lapar, maklumlah, rehat tak sempat nak makan.
*ding2*
Tiba-tiba mentol lampu kuning muncul memberikan aku idea genius. Kek yang dibeli daripada Cikgu Afidah tidak disentuh pun lagi. *Chance!* jerit suara halusku. Ha!Ha! bak kata orang, (orang yang kata, bukan aku) kalau dah rezeki tak kemana. Tanpa melengahkan masa, kami bertiga melapah potongan kek yang sebenarnya tak adalah sebesar mana. Rakus sungguh. Hal ini menyebabkan aku tersentak sebentar dari lamunanku. Ikutilah konversasi antara aku, Khai dan Suraya :
Aku : Eh korang. Aku lupalah aku batuk. ah, lantak koranglah ye *dengan selambanya aku menyambung operasi melapah kek*
Khai : Kureng asam.
Sue : Aku lupalah aku sakit/batuk jugak. Lantak kau lah Khai. *dia pun continue memakan kek aku*
Khai : Erk aku lupalah aku main hujan sampai basah kuyup semalam. Lantak koranglah.
(ha!ha! versi khai x menjadi.)
Aku : eh, kita tak tinggalkan Fareena sikit!
Sue/Khai : Bukan rezeki dia.
Konklusinya, inilah yang dinamakan kawan/sahabat/rakan seperjuangan. Tidak kiralah betapa mendungnya langit, huru-haranya bumi, rakusnya ombak di lautan atau cemburunya masa kepada kita, selagi ada rakan di sisi, semua tu hanya akan jadi perkara remeh yang bakal menjadi bahana ketawa kita sewaktu hari tua nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment